Hot!
?max-results=10">More
');
    ?orderby=published&alt=json-in-script&callback=labelposts\"><\/script>");

Other News

More news for your entertainment

test

testiing

TIPS DIET | 10 Makanan Anti Kolestrol



Bagi mencapai gaya hidup yang sihat, kita perlu tahu bagaimanakah cara untuk memastikan tubuh badan kita sihat dari sebarang penyakit. Antara perkara yang paling penting adalah soal penjagaan makanan. Namun demikian, makanan yang berkolestrol tinggi sering menjadi pilihan kita. Ini tidak mencerminkan gaya hidup sihat. Berikut ini disenaraikan 10 jenis makanan yang boleh mengurangkan kolestrol. 

Lepas-lepas ni, bolehlah perbanyakkan memakan makanan yang seperti ini:

1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yang diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Ia juga dapat menghidarkan penyakit jantung dan kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi

3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dlm badan

5. IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.
 

TIPS DIET UNTUK KURUSKAN BADAN

Apa pilihan anda. Kurus atau gemuk? Pada saya, nak kuruskan badan ni, takde la susah mana. Kalau boleh buat 2 perkara ini, insyaAllah boleh kurangkan berat badan dengan cepat.

1. Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.
2. Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah ‘jogging’ atau berenang.

Tapi apabila saya beritahu tips ini, semua mengamuk. Mereka kata, kalau tips tu, kalau tak tanya saya pun diorang dah memang sedia maklum.

Saya jawab balik. Memang itulah tips asas yang perlu korang amalkan. Kalau itu korang takleh nak buat, macammana nak kurus. Cakap banyak tak guna. Ada banyak ilmu dan tahu banyak tips pun tak guna kalau kita tak amal. Korang cari la banyak mana tips sekalipun, tapi kalau korang tak praktikkan atau amalkan apa yang disarankan, jangan harap dapat hasil. Itu nasihat saya pada diorang.

Apa-apa pun, bagi memenuhi permintaan mereka yang selalu bertanya tentang petua atau tips nak kuruskan badan tu. Saya sarankan untuk amalkan tips diet kuruskan badan seperti dibawah ini.

* Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme Yang Rendah Pada Waktu Malam Akan Menyebabkan Makanan Disimpan Sebagai Lemak.

* Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap Juga Naik.

* Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.

* Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.

Diet Sihat

* Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.

* Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.

* Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.

* Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri Jika Matlamat Tercapai. Contohnya, Makan Satu Bar Coklat Yang Sedap. Jangan Risau…

Sesekali Tidak Mengapa. Sekian, selamat mempraktikkannya…